Impak Tarif Trump kepada Malaysia
- nadiajihad
- 6 days ago
- 12 min read
Updated: 6 days ago
Admin's note: The following is an audio visualiser and transcript of a voice recording of a BN Forum event discussing Trump's tariffs at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur on 17 April 2025. This event and the subsequent recording of Jomo's portion are in Malay, with the transcript edited slightly for clarity.
Transcript
[Sesi ulasan]
Apa yang dilakukan oleh Donald Trump ini, saya rasa ini bukan soal ekonomi semata -mata. Ini soal politik, dan apa implikasi kepulangan Donald Trump ke Rumah Putih? Bagi dia, dia ingin memberi gemparan yang besar terhadap dunia. Jadi walaupun pernah saya cadangkan nama Prof Sufian, sebab dia tokoh undang -undang perdagangan, ataupun, saya suka sekali jumpa Tan Sri Muhammad, kerana dia boleh dikatakan, Bank Negara yang interface, dengan sistem monetar antarabangsa ataupun sistem kewangan antarabangsa; saya rasa teori-teori ini semua tak boleh pakai. Sebab tujuan Trump ini untuk memberi gemparan yang besar, untuk menakutkan orang ramai, untuk menerima apa yang dia hendakkan, untuk mencapai apa yang dia hendakkan. Jadi kalau kita tengok, nak cuba cari teori dia, ada seorang, nama dia Stephen Miran yang telah menulis beberapa artikel dan boleh dikatakan - kalau dibanding dengan Peter Navarro yang menasihatkan Trump kali pertama dulu - mutu tulisan Miran ini jauh lebih tinggi tetapi tak boleh, tak boleh masuk akal. Tetapi apa yang Miran nak capai?
Bagi dia, masalah utama di dunia ialah Amerika Syarikat sedang menyediakan begitu banyak jasa untuk dunia, dan dunia tak berterima kasih. Untuk mengucapkan terima kasih, dunia patutnya membiayai, bayar untuk khidmat-khidmat yang disediakan oleh Amerika Syarikat. Dia sebut dua, antara banyak lagi, tapi dia tekankan dua. Yang pertama katanya apa yang dikatakan perlindungan dari segi keselamatan dan apa yang dimaksudkannya ialah NATO. Jadi selama ini, kita dapati bahawa Amerika Syarikat membelanjakan jauh lebih banyak dari segi ketenteraan kalau dibanding dengan semua - ini cara perhitungan itu berlainan lah - dua belas negeri selepas Amerika Syarikat ataupun sembilan belas negeri selepas Amerika Syarikat. Kalau kita jumlah sembilan belas negeri itu atau dua belas negeri itu, kalau jumlahnya dibanding dengan perbelanjaan AS, AS masih lebih tinggi kalau dibanding dengan kumpulan seterusnya. Tapi bagi dia, AS sekarang mempunyai lebih daripada 800 pangkalan tentera di luar Amerika Syarikat. Siapa bayar? Rakyat Amerika Syarikat yang bayar. Sepatutnya menurut Miran, dunia yang patut bayar kerana dia melindungi dunia. Ini semacam dulu, zaman penjajahan. Siapa yang bayar perbelanjaan untuk penjajah? Amerika Syarikat?
Tidak. Orang yang dijajah yang bayar. Dia nak kembali kepada sistem kolonialisme tapi secara lebih halus lah, ya, neokolonialisme. Itu yang pertama yang ditekankan oleh Miran. Dan itu kebanyakannya ditujukan kepada Eropah, Kanada, Australia dan Jepun, dan, maaf, Korea juga. Sebenarnya, Jepun dan Korea sudah meningkatkan perbelanjaannya, walaupun, ramai di Asia yang menentang; yang tak nak Jepun menjadi negeri yang mempunyai potensi ketenteraan seperti dulu, sebab itu yang membawa kepada Perang Dunia yang pertama dan penjajahan Jepun dekat sini. Jadi ramai yang tak setuju, apalagi di negeri China misalnya, di mana di anggar sekitar 30 juta orang maut akibat serangan Jepun di sana, ke sana.
Yang di Asia Tenggara ini, ramai juga, beberapa juta, tapi perhitungan itu masih boleh dipersoalkan. Di Eropah, maka bayaran itu soal yang jelas, dimana pada Trump 1.0, dia minta naik pada 2% dari KDNK setiap negeri. Sekarang katanya 5%. 2% tak cukup, 5% itu tuntutan dia buat ucapan pada hujung bulan Januari, kalau tak silap saya. Yang kedua, katanya dia membolehkan urus niaga di dunia dengan menyediakan Dollar Amerika Syarikat. Dengan adanya Dollar Amerika Syarikat, kita semua dapat berurus niaga dengan pihak -pihak yang lain. Katanya, ini merupakan satu beban bagi Amerika Syarikat dan kita patut bayar ganti rugi kepada Amerika Syarikat. Itu kata Miran, soal yang kedua. Untuk tujuan itu dia cadangkan apa yang dikatakan Mar-a-Lago Accord. Mar-a-Lago itu ialah resort yang dimiliki oleh si Trump di Florida, untuk menggantikan Plaza Accord tahun 1985. Waktu itu, Reagan dapat menekankan Amerika Syarikat dan Jerman untuk naikkan nilai mata wang mereka masing -masing sehingga tak dapat bersaing lagi dengan Amerika Syarikat. Jerman pandai, dia cepat -cepat, dia kata kita, kita nak menyatukan Jerman dengan Jerman Timur, jadi kita dikecualikan.
Yang kedua, dia kata kita nak adakan Euro. Jadi kita, Euro, Jerman tak boleh jadi sasaran. Kalau kena orang lain di Eropah, tak adil. Jadi dengan cara itu Helmut Kohl dapat elak. Jepun tak dapat elak. Jadi, zaman itu dipanggil Endaka, zaman Yen yang kuat. Dan dengan sendirinya akibat daripada reform -reform kewangan yang diperkenalkan mulai tahun '89 yang di dalam tulisan Inggeris dipanggil Big Bang, akhirnya pada awal tahun 90-an, boleh dikatakan 'Japanese economic miracle' tamat. Boom -nya jadi bubble. Bubble itu letup habis. Dia harapkan dia boleh buat demikian terhadap China. Tapi China tak mahu main, tak mahu ikut; dan dia sudah umum dari awal lagi. Dengan Trump ini, kalau apa juga you nak kritik dia, tapi jangan kritik dia takde transparancy. Dia boleh dikatakan macam, ada cerita dongeng barat, Maharaja Bogel, dan semua kita nampak, ya. Baru -baru ini, ramai menteri minta nak berunding dengan Amerika Syarikat. Dia cukup bangga , dia kata, ada lebih daripada 80 menteri daripada 80 negeri yang datang nak cium punggung dia. Ini sikapnya, jadi walaupun kita ketawakan perangai dia, kita harus ingat bahawa ini satu perkara yang serius dan apa yang sebaliknya. Jadi, dulu ada seorang yang agak berpengaruh di Amerika Syarikat. Namanya Dale Carnegie, 'How to Win Friends and Influence People', boleh dikatakan Donald Trump gagal lah kelas itu. Dia tak ada keinginan untuk meyakinkan sesiapa selain daripada rakyat Amerika Syarikat. Ada banyak lagi yang berdapat diceritakan tentang apa taktiknya tapi saya rasa penting kita faham bahawa waktu pengumuman dia pada 2 hari bulan April, di sini sudah masuk 3 hari bulan April; saya kata jangan, jangan kita terlalu sibuk nak kira -kira, nak tengok perkiraan itu betul ke tidak. Kita, kadang -kala, kita jahanamkan kepentingan kita sendiri.
Setiap Menteri Perdagangan akan mengumumkan bahawa kita telah eksport begitu banyak eksport kepada Amerika Syarikat. Cuba tengok. Daripada E &E, kebanyakan eksport itu E &E, Electrical and Electronic. Kebanyakan itu, lebih daripada 90%, bukan dari sini dari negeri yang lain, dan kita di sini tambah 7% daripada jumlah eksport. Tapi kita mengaku kita punya. Sebaliknya, kita tengok misalnya, kenapa Singapura tak kena? Sebab bila dia import daripada Amerika Syarikat, dia import bukan hanya untuk Singapura. Dia import untuk rantau kita, malah lebih pada itu. Jadi kita mesti berhati-hati, jaga, jangan masuk bakul angkat sendiri. Ini akibatnya. Begitu juga, kita harus memikirkan ada banyak masalah lain dengan cara mereka buat perhitungan; tetapi apa yang saya ingin tekankan disini ialah bahawa walaupun zaman Trump ini akan tamat dalam 3 tahun lebih tapi kesannya akan berterusan. Jangan lupa apa yang berlaku dulu, zaman dulu, ada Perdana Menteri yang ghairah dengan TPP, Trans- Pacific Partnership. Trump, hari dia, hari yang pertama dia jadi presiden, dia terus umumkan bahawa dia keluar dan kita pula di Asia Timur, ghairah nak adakan CPTPP dengan harapan bahawa Amerika Syarikat akan kembali dan sebagainya. Tren dah jalan. Okay. Jangan harapkan tren akan kembali untuk kita. Begitu juga, segala yang Trump buat itu, tidak ada sesuatu yang penting yang di, apa ni, yang ada gostan, yang Biden gostan. Jadi kita harus berhati -hati, sedar, jangan bergopoh, jangan jadi jaguh kampung, jangan jadi tukang jerit untuk melihat soal ini. Kita negeri yang kecil, yang tidak ada kekuatan seperti negeri China. Negeri China sudah buat perhitungan Okay, you kata ini reciprocal tariff, saya yang reciprocate dengan tariff. Trump marah sungguh, naik kepada seratus berapa? Sekarang 120 lebih. Tak apalah. Itu, dia akan naik lagi. Ya. Dia akan naik lagi.
Tetapi, cuba lihat siapa yang dikecualikan. Yang dikecualikan, syarikat elektronik. Sebab orang pertama yang kempen di balik Trump, nama dia Peter Thiel. Dalam Wall Street Journal tahun 2014, dia pernah menulis artikel yang berjudul Competition is for Losers. Maksudnya, dunia ini, walaupun retorik kapitalisme ialah ada persaingan, kenyataannya, ini monopoli. Untuk berjaya sebagai kuasa kapitalis, monopoli itu yang penting. Jadi ini sikap dia. Ini sikap, bukan hanya dia, billionaire, billionaire dikeliling dia dan sebagainya. Jadi kita harus siap sedia untuk memikirkan apa strategi yang sesuai dalam keadaan semacam ini. Jangan pandai -pandai buat kesimpulan satu keadaan yang sentiasa, yang belum, yang masih akan berubah; dan kita, apa ni, apa, pepatah tu, keep your head down. Jangan jadi jaguh kampung. Sekian. Terima kasih.
[Sesi soal jawab]
Terima kasih. Ada banyak perkara yang telah ditimbulkan tadi. Bukan hanya oleh para hadirin, tapi juga ahli panel yang lain. Jadi, ingin saya tumpu pada beberapa isu yang saya rasa penting. Satu, daripada pemuda UMNO yang menimbulkan soal impak sebenar. Saya rasa tak guna kita kira sangat. Sebab ini setiap, bukan setiap minggu, beberapa hari dia tukar. Tukar lagi, tukar lagi. So, apa kita nak hitung? Ya, saya rasa walaupun kita boleh gunakan program dan sebagainya, sebalik program itu ada andaiannya yang tersendiri dan seperti Profesor Sufian kata tadi, bagi saya, kebanyakan hujah andaian yang digunakan untuk buat perhitungan untuk support TPP itu palsu. Palsu. Dan saya pernah buktikan dan apa yang angka-angka yang saya gunakan itu diterima oleh pihak International Trade Council US yang tidak mahu terima, Peterson Institute punya, yang banyak kata semua okay. Ada, ada setengah orang kata Peterson Institute tak pernah nampak, a free trade agreement which they didn't love. Semua bagus. Kalau nama ada free trade saja, ok. Tapi, apa yang sebaliknya? Jadi kita mesti berhati -hati. Jangan ghairah sangat, nama free trade ada, sekiranya kita nak sokong. Sebab, dan di situ juga saya setuju dengan Profesor Sufian, kita harus sekarang, realistically speaking, yang boleh kita maju sekarang, ialah dengan RCEP.
Bagi saya, walaupun kita pengerusi ASEAN, seperti, apa Tan Sri Azlan sebut, sebenarnya ASEAN pun, tidak ada, ada weight sangat lah. Tapi kalau kita tengok RCEP, ataupun dulu dipakai istilah ASEAN +3 dan sebagainya, Chiang Mai Agreement dan sebagainya, kesannya jauh lebih besar. Dan bila kita nak bertikam lidah, katakan nak tikam lidah, kita dengan China sebelah kita, Jepun disebelah kita, itu cerita lain. Kalau kita pergi minta Singapura bawa kita ke arah ini dan Indonesia bawa kita ke arah yang lain, implikasi dia jauh berlainan. Jadi sekarang... Soal kekuatan, ya, dan kekuatan itu bukan dengan jeritan, tetapi kekuatan sebenar itu penting. Jadi dalam soal ini, saya rasa prinsip asal, ya, ASEAN, tahun '73 lagi, zaman Tun Razak dulu iaitu membela apa yang dikatakan ZOPFAN Zone of Peace, Freedom and Neutrality. Jadi bagi saya, kita harus terus berkecuali. Kita tidak patut memihak kepada pada America Syarikat, tidak patut memihak kepada China. Kita jangan, kita tidak mahu campur dalam soal ini. Dan kita, dan kalau boleh, kita terus membela perdamaian, kita terus membela kerjasama, kita terus membela pembangunan. Itu saya, saya rasa yang patut kita membela. Jadi, ini saya rasa adalah sesuatu yang patut diperjuangkan secara proaktif lah.
Jangan kita tunggu. Sebab tidak ada, sekarang bukan macam dulu ya, dulu ketokohan orang macam Mandela dan sebagainya boleh membawa kita ke mana -mana. Sekarang jangan harap itu. Jadi kita patut ambil inisiatif bukan dengan menyebut sesuatu dan kemudian tak ada follow up. Saya masih ingat, dua tahun sudah, saya di Tsinghua University di Beijing, saya di minta beri syarahan. Tapi kebetulannya satu minggu selepas Perdana Menteri berucap di Tsinghua juga, dan dia sebut tentang apa ni, Asian Monetary Fund. Semua orang tanya saya, apa cadangan PMX itu? Saya balik, saya tanya rakan -rakan di Bank Negara. Mereka sendiri tak tahu, dan lepas itu tak ada follow up langsung.
Sedangkan macam, Bank Pusat di Korea, Lee Chang Yong. Dia Governor Bank Pusat. Dia kawan lama saya. Dia pernah tanya saya, sebab dia yang mula membela Asian Monetary Fund. Tetapi takde kawan di seluruh Asia Timur. Jadi bila PMX sebut itu, dia suka sangat. Tapi bila tanya, eh, siapa di Malaysia? Orang pun tak tahu apa yang disebut. Saya rasa cadangan itu penting, yang baik. Tetapi, kata orang Indonesia, jadi omong -omong kosong. So, saya rasa ini, jadi tingkat kesedaran, pemahaman terhadap isu -isu ini agak cetek lah di Malaysia ni. Saya minta maaf lah, ya. Cetek. Dan perbahasan kita, yang kononnya tentang dasar dan sebagainya, orang Indonesia kata, kebijaksanaan itu, eh, sungguh ini, dan oleh kerana itu kita ketinggalan. Semua akhirnya balik pada persoal perkauman. Macam, sampai ke mana dia ni?
Isu yang kedua , ada persoalan tentang the end of diplomacy. Seperti saya tekankan tadi, saya rasa sekarang ASEAN +3, RCEP, itu dan sebagainya kita boleh harapkan. Jangan kita pergi jadi jaguh kampung, pergi lawan dengan Amerika Syarikat, tak ada untung lah ya. Tapi tak payahlah kita pergi cium punggung lah. Itu, itu saya rasa, itu tidak memberi manfaat sebenarnya. Dan jangan mengaku bahawa kita yang berjaya untuk ini. Ini boleh tipu setengah orang lah, tapi macam Abraham Lincoln kata, You can fool half the people - tak payah saya quote lah; nanti Tan Sri Azlan akan betulkan saya. Tapi jangan kita juga andaikan bahawa segala ini baik dengan negeri China. Kalau kita lihat misalnya sampai sekarang, apa ni, sempadan negeri China itu, soal itu tak selesai.
Saya faham, dari segi kepentingan mereka, mereka bimbang. Sebab sekarang, di depan China, siapa yang ada di sana? 7th Fleet, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, UK. Ya, UK. UK ada dua aircraft carrier. Dua aircraft carrier. Satu ada dekat Eropah, satu di sini. Siapa ajak dia datang sini? Ya, ini, jadi kita harus berhati-hati. So, saya faham dia nak ambiguiti. Tapi, jangan sebab - lihat apa yang telah berlaku dengan Bongbong Marcos, ya. Dia, untuk kempen pilihan raya, gambar dia peluk dengan Mao Zedong itu ditayangkan. Kemudian, menang sahaja, pap, you tahu apa cerita berlaku? Terus dengan Amerika Syarikat. Apa sebabnya? Kerana kes curi duit tak selesai, bapak dia yang curi, tak selesai, jadi dia tak dapat masuk. Macam Narendra Modi, Ya, pembunuhan beberapa orang, peristiwa Babri Masjid itu tak selesai. So, Narendra Modi tak boleh dapat. Bila dia jadi Perdana Menteri, baru dia boleh masuk Amerika. Begitu juga dengan Bongbong. Begitu juga dengan seorang lagi presiden di rantau ini, tak payah saya sebut lah. Tapi, soal ni, jangan kita, orang yang jadi convert ni, yang begitu pro -Amerika Syarikat. Kita mesti was -was juga.
Lihat apa yang berlaku di negeri Singapura sekarang, negeri Singapura yang dulu pro-Amerika sangat, sekarang sudah bimbang. Sudah bimbang, dia undur. Tengok ucapan Lawrence Wong, dua ucapan Lawrence Wong. Ini orang yang tak, macam Professor Sufian kata tadi, ini orang yang tak ikut undang -undang. Rule of law, apa, rule of law? Mengikut WTO, Most Favoured Nation status, mana dia ikut? Semua dia tak ikut. Dan, dari zaman Obama lagi, Obama tidak mau seorang hakim dilantik untuk dispute settlement panel. Kalau tak ada hakim, apa, macam mana panel itu akan berjalan? Tak boleh. Jadi, jangan kata, apa ni, Trump. Dari dulu lagi. Tapi, Trump ini, you tahulah, cara dia kasar. Nyata sangat. Jadi, kita mesti berhati -hati dan kita mesti sedar dan saya rasa kita patut terus berkecuali.
Baik satu lagi, saya rasa sikap Amerika Syarikat, dia dikatakan Trump ini transactional. Tapi sama ada transactional ke tidak; kadangkala transactional tapi kadangkala dia yang jelas short -termist. Dia tidak lihat ke depan. Macam soal perubahan dari segi iklim. Bagi dia, dia tak akan hidup lama. Itu masalah anak cucu lah. Jadi bagi dia, dia ini orang yang selfish, ya. Tan Sri Muhammad nak fikirkan soal nasib anak cucu dia, nasib orang masa depan. Tapi Trump takde. Jadi dia tak kisah. Jadi kita harus ingat, apa yang berlaku bukan hanya disana, tapi kita harus ingat kita di negeri -negeri tropika mengalami kesan yang paling teruk sekali akibat daripada perubahan iklim.
Baik, ada dua cabaran saya rasa yang ditimbulkan oleh Profesor Sufian dan, dan Tan Sri yang saya rasa kita patut sahutnya. Yang pertama, saya rasa ada yang Tan Sri timbulkan, dalam setiap krisis, ini daripada perkataan krisis itu dalam bahasa Cina ya, ada dua unsur, dua muka dia. Satu, bahaya. Tapi satu lagi ialah peluang, crisis and opportunity. Jadi , apa peluang yang ada? Bagi saya, peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa beberapa strategi yang Malaysia telah pilih itu tak akan berjaya. Kita patut go stan. Salah satu ialah misalnya tumpuan terhadap elektronik. Tumpuan terhadap elektronik ini sudah lebih pada setengah abad. Saya orang Pulau Pinang, okeylah saya terpaksa mengakulah, bila saya dibuang sekolah, saya pergi kerja, jadi, macam RA lah, ya, RA untuk konsultan yang akhirnya membuat Penang Master Plan yang pertama, dan yang membawa, yang membawa syarikat -syarikat elektronik untuk bertapak di sana.
Walaupun saya budak kecil dan tak berapa faham setengah hal tapi bila saya lihat kembali, saya rasa strategi itu berjaya menyediakan banyak sekali peluang pekerjaan, dan yang lebih penting lagi untuk peluang pekerjaan untuk kaum wanita dan ini mengubah masyarakat kita. Implikasinya cukup besar. Tapi setengah orang tak tahu bahawa sebenarnya yang kerja dalam, dalam industri tekstil dan pakaian jauh lebih besar daripada elektronik. Tetapi mereka tak kerja dekat kilang, mereka ramai yang kerja dekat rumah. Ada sewing machine, you buat, cara putting out system. Tapi saya rasa ini mengubah nasib kaum wanita. Setengah orang kata, oh, itu telah pinggirkan wanita yang buat kerja dekat bendang di Kedah. Pernahkah buat kerja penyemaian padi dan sebagainya? Kerja itu susah sangat, nak tunduk bukan berjam-jam tau, bukan sekejap. Jangan kita romanticize sangat lah setengah kerja-kerja dulu. Jadi kemajuan dari segi teknologi dan sebagainya itu amat penting dan saya rasa, tapi elektronik ini kita dapat lihat daripada apa yang sedang berlaku dengan Taiwan dan sehingga seribu jurutera Taiwan dan sebagainya, boleh dikatakan kidnap lah dibawa, culik, dibawa ke New Mexico dan akhirnya kilang itu tak jalan juga di sana. Jadi kita patut fikirkan.
Yang kedua, saya rasa yang ditimbulkan oleh Profesor Sufian ialah kita harus belajar daripada sejarah ekonomi. Siapa yang mementingkan sejarah ekonomi? Sultan Perak, dia telah tulis tiga jilid tentang sejarah ekonomi. Siapa yang membincang buku -buku dia? Siapa yang baca buku -buku dia? Ya, sikit sekali, tak ada ulasan buku, tak ada apa -apa. Saya rasa ini sesuatu yang amat penting dan kita dapat patut memahami misalnya mengapa Perjanjian Pangkor itu diadakan, apa kesan dia dan sebagainya. Jadi, begitu juga kita harus ingat bahawa di Amerika Syarikat, perjuangan kemerdekaan Amerika Syarikat; apa sebab dia? No taxation without representation, Boston Tea Party sebelum itu. Itu semua penting. Jadi, soal cukai terhadap perdagangan, itu penting dari waktu, seperti disebutkan tadi, dari waktu Amerika Syarikat mula. Dan kemudiannya, menteri kewangan dia yang pertama, Alexander Hamilton. Kalau nak dengar muzik dia, ok. Tapi, yang penting, Alexander Hamilton itu, yang buka, Customs House yang pertama dekat New York. Ya. Dan ini implikasi yang penting. Kalau Alexander Hamilton tak ada, dan pengaruh dia dan report on manufactures dia pada, pada hujung abad ke -18.
Kalau tak ada itu, kalau perang sivil Amerika Syarikat tidak dimenangi oleh Utara Amerika Syarikat; ekonomi nya hari ini lebih serupa dengan Australia daripada apa yang ada di Amerika Syarikat. Ya, dia akan menjadi pengeluar pertanian. Sekarang boleh dikatakan eksport yang Amerika Syarikat number 1, eksport selain daripada senjata, apa? Pertanian. Amerika Syarikat sekarang. Sebab deindustrialisation dia. Jadi kita harus belajar dari ini semua dan melihat, tapi, tak payah kita tengok jauh ke sana, ya. Kita juga tidak kenal sejarah kita yang sendiri, dan orang yang tidak kenal sejarah, saya rasa, sukar sekali kita maju ke depan.
Sekian, terima kasih.